Selasa, 28 Disember 2010

Gaya Lelaki Metroseksual

Pernahkah anda menghadiri majlis, parti atau makan malam yang dianjurkan rakan-rakan mahupun oleh syarikat tertentu? Tentu tetamu hadir dengan pelbagai gaya tersendiri. Dalam ramai-ramai mungkin ada seorang dua lelaki yang begitu bergaya dan penampilannya hebat. Mungkin dia seorang metroseksual. Anda mahu bergaya sepertinya? Jika mahu, anda pasti tampil lebih menarik dengan pakaian yang dikenakan, syaratnya ikuti panduan ini.

1. Grooming
Sebelum mengenakan pakaian, anda perlu melakukan grooming terlebih dahulu. Biasanya lelaki metro mengambil berat soal rerambut pada tubuh mereka. Rambut perlu dipotong kemas. Mereka cukur malah wax rerambut di wajah mahupun di bahagian lainnya. Menyakitkan? Ya, tapi hasilnya memuaskan.

2. Tekstur
Tekstur juga perlu diambil kira dan ia sangat penting. Jangan pilih fabrik yang menampakkan kualiti yang tidak bagus. Sebaliknya jika ingin memilih pakaian bertekstur, anda perlu memilih fabrik cashmere untuk sweater dan t-shirts, atau fabrik kapas berkualiti tinggi. Kemeja anda perlu kelihatan lembut dan potongannya bersesuaian dengan saiz tubuh anda.

3. Potongan
Lelaki metro amat mementingkan soal potongan setiap pakaian yang dipakai. Mengapa? Alasannya mereka mahu kelihatan sharp atau kemas. Bagi seorang profesional seperti anda, pilih sut berpotongan klasik yang bakal memberikan impak positif kepada orang lain terhadap anda. Untuk pakaian biasa, pilih t-shirt yang bersesuaian (tidak terlalu besar dan tidak terlalu ketat) serta jeans berkualiti.

4. Stail
Lelaki metro amat peka terhadap perkembangan fesyen terkini. Jadi, apa yang perlu anda lakukan, rajin membelek majalah fesyen lelaki atau kunjungi butik-butik pakaian berjenama yang menyediakan ruang ‘stail’ atau pakaian yang digayakan pada patung. Dengan cara ini, anda pasti sentiasa berada di atas dengan semua trend fesyen terkini.


5. Pewangi
Tidak lengkap ciri-ciri seorang lelaki metroseksual tanpa pewangi (minyak wangi) yang berkualiti. Pilihlah minyak wangi yang bersesuaian dengan personaliti anda. Minyak wangi paling sesuai untuk lelaki memiliki haruman sensual, oriental dan musky. Jika anda seorang yang gemar melakukan aktiviti luar, pilih minyak wangi yang menyegarkan.

6. Aksesori
Untuk bergaya, anda juga perlu melengkapi stail anda dengan memakai beberapa aksesori. Untuk permulaan, pakailah seutas jam yang menarik dan mewah. Pilih sama ada berwarna perak atau emas. Tali jam kulit juga amat menarik dan bergaya. Kemudian anda boleh memakai rantai yang sesuai dengan warna kulit. Gelang atau cincin sesuai jika perlu.

7. Kasut
Jangan abaikan soal pemakaian kasut. Ia pelengkap kepada gaya dan sangat penting. Anda boleh pilih sama ada mengenakan kasut klasik atau trendy, apa yang penting ia kelihatan menarik dan sesuai. Pastikan kasut yang dipakai sentiasa dikilat dan bersih. Jangan sesekali rosakkan penampilan dengan kasut yang tidak bersesuaian atau ‘buruk’.

8. Go Digital
Kebiasaanya lelaki metro mempunyai beberapa jenis barangan digital. Ini termasuklah telefon bimbit yang terkini, MacBook yang memuatkan software canggih serta iPod yang memuatkan video serta muzik kegemaran mereka.

9. Barangan kulit
Anda memerlukan sebuah beg kulit yang berkualiti untuk memuatkan barangan penting. Pilih beg yang berkualiti, tahan lama dan lasak yang boleh digunakan setiap hari. Pastikan beg kulit itu mempunyai ruang untuk meletakkan laptop kesayangan dan barangan lain.

10. Maintenance
Setelah anda menggayakan pakaian bersama, anda perlu mengekalkannya. Jangan hanya untuk acara tertentu sahaja. Kalau boleh tampil bergaya setiap hari. Selain itu, anda juga perlu melabur sedikit untuk produk penjagaan wajah seperti pencuci, penyegar dan pelembap. Jangan takut untuk mendapatkan rawatan manicure untuk jari jemari.

Ciri-ciri Lelaki ## Idaman Wanita ##



1. LELAKI YANG PRIHATIN -
Iaitu mendengar dengan teliti apa yang kami cakap bukan dengar dengan telinga yang kembang aje..dan bukan masuk telinga kiri keluar telinga kanan; sebab cara mendengar begitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan jadi membebel, bila dah membebel, panjanglah ceritanya, lepas tu pandai pulak nak menuduh yang kami ni dj baru thr dot fm..kesalahan sendiri tak perasan..

2. LELAKI YANG MENJADI PENAWAR -

Iaitu yang rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati kami; walaupun kurang rupa; tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai sakit jiwa raga jadi, hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan menjadi penawar segala bisa.

3. LELAKI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA -

Kebebasan tu bukan kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasan yang berupa hak . Contohnya bila berada di dalam kedai perabot, kaum perempuan berhak untuk mengangkut sebanyak mana barangan yang dikehendaki, kecuali tey kedai tu..lelaki cuma perlu senyum saja. Jika hendak melarang pun, gunakanlah suara selembut bayu.

4. LELAKI YANG BERHATI-HATI -

Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-mudah saja untuk mengeluarkan kritikan terutama tentang masakan kami. Sebab... ketahuilah ye.. apabila kaum perempuan itu memasak, mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu ini, kalau mereka maukan begitu, tentulah mereka memasuki peraduan masakan. Jadi.. biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap. Lain daripada itu, sedap tak sedap..'pulun' aje le...!!!

5. LELAKI YANG WANGI -

Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum perempuan yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi perhatian akan perkara ini. Jagalah fizikal anda, elakkan B.O;apalagi yang kuku berkarat dan selekeh macam pelarian tak cukup kaki. Kalau nak markah lebih tinggi, kenakan wangi-wangian selalu, mandi dan berendamlah dalam botol minyak wangi.

6. LELAKI YANG PEMURAH -


Dalam erti kata yang lain, lelaki yang pemurah adalah yang sentiasa rela dan redha menyerahkan wang ke tangan perempuan. Bukan untuk dikuasai, tapi inilah cara paling baik untuk kaum perempuan, terutamanya kaum isteri untuk mengawal asap rokok yang disedut suami. Paling penting langkahnya pun tidaklah terlalu panjang dan matanya pun tidaklah terlalu liar untuk memandang perempuan-perempuan lain.

7. LELAKI YANG TIDAK KISAH -

Iaitu lelaki yang tidak ambil kisah sangat samada kaum perempuan ni nak memasak ke, nak membasuh ke, nak mengemas atau pun tidak bila di rumah tu. Malah, lelaki yang masuk dalam kategori lelaki tidak kisah ini adalah kaum lelaki yang memberi kelonggaran sepenuhnya kepada isterinya untuk menjadikan kedai makan sebagai dapur nombor dua mereka. Itulah yang menjadi idaman ramai wanita tu..!!

8. LELAKI YANG MEMBERI SOKONGAN PADU -

Inilah ciri-ciri lelaki yang amat diidamkan perempuan. kongan padu mereka adalah sokongan padu yang amat padat kepada kaum perempuan untuk memanjangkan masa-masa bersidang mereka dengan teman-teman atau jiran tentangga. Apabila mereka mula bersidang, lelaki yang menyokong dengan sepenuh hati tidak sesekali akan bertindak tegas atau mengacau biarpun perut mereka waktu itu sudah berkeroncong; mereka pandai membawa diri dan perut sendiri tanpa perlu menyusahkan isteri. Sungguh bertuah siapa yang memiliki dia kan...!!
9. LELAKI YANG CINTAKAN KEDAMAIAN -
Apabila seseorang lelaki itu bersifat cintakan damai, maka tenanglah hidup mereka bersama wanita pilihan. Contohnya, tidaklah lagi akan kedengaran perbalahan atau undian balik kampung siapa di musim-musim raya . Lelaki begini amat memahami dan sedar bahawa isterinya telah bertungkus-lumus menjaga anak dan jaga rumah jadi, sentiasa balik kampung isteri adalah hadiah terbaik. Cukuplah setengah hari setahun aje balik kampung sendiri; daripada tak balik langsung dan daripada bergaduh beramuk...lebih baik...beralah kan..

10. LELAKI YANG MENYERAHKAN KUASA VETONYA -

Inilah ciri lelaki yang menjadi buruan kaum perempuan..jika mereka sanggup menyerahkan kuasa veto ke tangan wanita..mereka akan menjadi lebih macho dan hensem daripada Brat Pitt atau Nicholas Cage di mata wanita . Kuasa Veto yang diserahkan itu adalah kuasa veto untuk menentukan samada lelaki yang jadi suami mereka tu boleh pasang 2,3,4 atau tidak. Selain itu wanita juga diberi kuasa veto untuk menentukan siapa kawan-kawan suami mereka; ini untuk pastikan suami tak terikut-ikut perangai yang tak elok. Dengan kuasa veto ini juga beerti kita, kaum wanita berhak sepenuhnya untuk meminta kaum lelaki membuat karangan bertajuk "BILA DAN DI MANA SAYA BERADA HARI INI" setiap kali mereka berhadapan dengan isteri , tunangan atau kekasih mereka.
idea ini merupakan pendapat para wanita kini... inilah yang mereka inginkan dari seorang lelaki... patotkah???

iNtRo aBoUt My BlOg

itulah saya !!!


assalamualaikum... alhamdulillah blog ini dapat dibina walaupun dalam kekalutan... hahaha blog ini sebenarnya akan menceritakan pelbagai kisah, fesyen, benda-benda tradisional, dan macam-macam lagi.. just wait and see... saya harap blog ini akan memberi ruang kepada semua pelawat untuk merehatkan sebentar minda kita.. insyaAllah. ye laaa kita kan sibok dengan study la.. dengan keje la.. ngan family la... dan macam2 lagi... so apa salah kalau kita rehat sebentar minda kita dengan menghadap depan komputer dan hiburkan sedikit hati .... betol tak !!! insyaAllah blog ini akan membawa pelbagai maklumat dan hiburan yang tidak melampaui batas islam.. insyaAllah... blog ini tak khusus sangat... blog nie umum.. sebab macam2 saya akan sumbatkan dalam blog nie.. so slamat bergembira dan ceria bersama blog ni k... woke... tata semua!!!