Jumaat, 15 Julai 2011

15 julai memoriii

alhamdulillah... aku bersyukur sgt dapat ranking no4 masa pertandingan pantun tadi... sronok sgttt... tapii gementar ada jugkk... huhu tahniaah kepada rakan2 yg laen kerna brani sahut cabaran nie.. lepas pertandingan g smayang jumaat then tros pegi program KTR... penat rasa nya.. mlm tu plak ada latihan dikir barat utk wakil suksis... 

hari nie aku rasa sedih skitt sbb ramai kawan2 yg aku x jumpa.. dua tiga org ja kawan2 yg aku jumpa kat masjid.. yg laen x taw mana hilangnya... 

malam tadi ayah call aku.. tanya khabar aku dan khabar study aku.. ayah mcm taw ja aku x study.. hehehe 

aku terasa jauhh sgt.. jauh dgn Allah.. hanyut dek dunia yg leka... oh dunia... lepaskan aku.....

Selasa, 12 Julai 2011

Duhai Sahabat.....

sahabat,
biarkan kepahitan itu pergi,
agar kemanisan mengisi,
biarkan kekecewaan berlalu,
agar kegembiraan mewarnai...
biarkan kegelisahn lenyap,
jangan kita hilang semangat...
biarkan penderitaan itu menyapa,
agar kekuatan kita jana semula,
biarkanlah diri ini derita...
agar saya tahu kepahitan derita ini,
agar saya sedar kesengsaraan ini tak sama,
bahkan hanya secebis dari penderitaan Rasulullah S.A.W

Angin.....
jika kau berhembus lembut melaluinya,
katakan padanya...
saya sahabat dia selamanya..

Air...
jika kau mengalir disisinya....
khabarkanlah pada nya...
saya memohon maaf atas sgalanya....

Bunga...
jika kau tumbuh mekar disampingnya..
kau kirimlah wangian tanda terima kasih
atas kehadirannya...

Burung....
jika kau terbang melintasinya...
sampaikan kataku ini kepadanya..
saya teramat sayang dan rindu padanya...

sahabat.......

Mimpi Buruk....

tadi selepas kelas pukul 10 pagi aku balik ke bilik dan aku tidor... ketika aku tidor aku termimpi sahabat-sahabat di universiti ku... aku mimpi mereka ramai2 berjalan di cafe dan bila aku tegur mereka langsung tidak hiraukan aku.. seolah-olah mereka beni akan aku.. lalu kupegang tangan salah seorg sahabat aku untuk menahan perjalanan nya dan bertanya khabar lalu tangan ku ditolak oleh nya... Ya Allah... sedihnya ketika itu. sekelpi mata aku terjaga dari tidur.. dan aku termenung seketika di atas katil ku... dan pelbagai benda bermain difikiran aku.. adakaha perkara tersebut akan berlaku.... atau ia sekadar permainan syaitan ..... aku mohon pada MU ya Allah agar lindungi aku dari segala bencana dan musibah.. eratkan silaturrahim aku dgn shbt2 aku... dan juga kaum kerabat aku... insyaAllah...

Isnin, 11 Julai 2011

SaMpAi BiLa ???

semenjak aku berumur 16 tahun... aku telah menerima anugerah dari Allah.. dimana bukan semua dapat menerimanya.. terutama ketika muda... ketika dihujung tingkatan empat tersebut, aku telah menerima satu anugerah yang digelar HEPATITIS C dari Allah... pada mulanya memang aku tak dapat menerimanya.. tapii lama kelamaan aku redha... redha dengan apa yang Allah timpakan padaku... derita???? hanya Allah sahaja yang tahu.. kelas aku jarang-jarang masok... selepas itu, aku pindah ke sekolah lain yang berhampiran dengan rumah atok aku.. agar mudah dipantau katanya... ketika form 5, penyakit aku semakin menjadi-jadi... kelas memang jarang masok.. nak buat macam mana, hospital asyik hantar surat jemputan je... terpaksa la aku masok wad... ketika itu, hospital ni bagaikan rumah kedua aku.. sekajap masok... sekejap keluar.. sehinggakan aku kenal semua nurse2 dan DR yang ada kat sana... ketika itulah pelbagai perkara yang berlaku pada aku. aku menjadi bahan kajian Doktor2 disana.. dan aku merupakan pesakit yang special sebab jarang remaja kena penyakit nie... endoskopi 3 kali aku wat... sakit nyerrr teramat sakit... jahit usus.... ambil darah.... scan sana.. scan sini... penat aku dibuatnya... tapiiii aku tetap terima walaupun kadang2 hati aku memberontak dan merungut... aku terus... terus menjalankan kehidupan seperti remaja-remaja lain.. sedih sangat ketika di hospital.. tiada siapa yang teman.. ayah dan ibu nun jauh di k.l..... aku terima... aku terima dengan hati terbuka... selepas itu, naik ke form 6, aku diberitahu bahawa limpa aku highper aktif... so kena wat pembedahan... pada mulanya aku tak setuju... takottt... siapa tak takot kalu perutnya hendak ditoreh... akhirnya ku akur dengan kehendak kedua ibu bapa aku... pembedahan berlaku.... limpa ku dibuang.. perot ku dibelah... 2.3 minggu juga aku dirumah... tunggu sembuh... sakit ketika itu hanya Allah yang tahu... menangis... tiada guna lagi.... ibu menjaga aku ketika itu... akhirnya aku dibawa pulang ke k.l pada minggu ketiga... bila sampai k.l.. tetiba perot aku berair... terkejut aku dibuatnya pabila perut aku terbuka jahitannya... ayah dan ibu panik x terhingga... kemudian bawa ku ke hospital k.l untuk jahit semula...
selepas sembuh aku kembali ke sekolah... tapi aku terpaksa cucuk ubat setiap minggu.. dan hari nie cukup sudah setahun aku cucuk ubat tersebut... tapiii aku masih rasa sakit2 nya... apa boleh buat.. Ya Allah... bantuilah aku...

Sedih pabila berjauhan...

kini aku berada dalam sem 3 iaitu tahun yg keuda.. aku x dapat satu blok dgn kawan-kawan sekelas dengan aku... ada dua orang je satu blok tue pown sbb2 tertentu...sedih... sedih yang teramat sedih... tapi apa yg boleh aku buat. hanya redha atas ujian Allah... aku rasa hubungan aku semakin renggang... aku x memahami mereka.. mereka juga seperti tidak memahami aku lagi.... aku cuba... cuba untuk memahami mereka... tapi akhirnya aku yang kecewa... setiap kali kelas aku akan sembang sepuas-puasny.. kerna aku tahu abahwa aku tiada masa lapang lain yg dapat aku bersama mereka.. hanya kelas dan cafe sahaja tempat pertemuan.... kadang-kadang aku ke blok mereka... tapiii kesedihan juga menimpa... mungkin aku terlalu mengharapkan mereka ... mungkin ini semua salah aku... kerna terlalu mengharap tinggi pada mereka... YA Allah... salahkah aku menyayangi mereka?? salahkah aku mengambil berat ttg mereka???? salah kah aku YA Allah????

aku tak tahu kenapa aku begitu sayang pada sahabat-sahabat aku... kenapa.... kadang-kadang aku runsing memikirkan mereka... memikirkan kehidupan mereka... aku x mengharap mereka membalas semua itu... tapi aku cuma perlu kasih dan sayang dari seorang sahabat... kerna aku.. kerna aku.... dahagakan kasih dan sayang dari seorang sahabat..... pabila sahabat menangis aku turut menangis...

baru-baru nie, salah seorang sahabat ku kehilangan ibunya.... walaupun dia jauh nun disana tapi kesedihan itu turut aku rasakan... sedihh.. siapa tak sedih sekiranya kehilangan ibu... ibu yang menjaga kita dari kecil hingga dewasa....

sahabat, maafkan aku sekiranya aku x dapat menjadi sahabat yang baik bagimu... maafkan ku sekiranya kehadiranku ini hanya membawa derita dalam hatimu.. maafkan aku kerna sering menyusahkan kalian semua... aku mohon seribu kemaafan... aku tahu... aku tak layak bergelar sahabat didalam hidup kalian tapi aku mohon agar terima aku dengan seadanya sebagai teman tika kau memerlukan...

Ahad, 10 April 2011

SyAiTaN zAmAn KiNi DaH mOdEn...



Pernah satu ketika saya diminta belajar daripada syaitan oleh seorang yang ulama yang dihormati. Saya terkejut. Benarkah ini?

“Belajar tentang kreativiti dan inovasi syaitan menyesatkan manusia,” jelasnya.

Saya tersenyum. Ada kebenarannya. Syaitan begitu kreatif mencipta dan mempromosi kejahatan. Ada-ada sahaja cara dan jalannya. Tidak pernah kaku, jarang yang beku. Sentiasa ligat dan cepat. Sentiasa ada pembaharuanMalangnya, acapkali orang yang memperjuangkan kebenaran…tidak se’dinamik’ dia. Tumpul kreativiti dan beku inovasi. Asyik-asyik yang semacam itu juga.

Begitulah. Semoga kisah dialog di bawah boleh dijadikan cabaran untuk minda bagi terus memperjuangkan kebenaran. Kita mesti lebih kreatif daripada syaitan!

KISAH TIDAK LAMA DULU

Bertemu dengannya dahulu merupakan satu penghormatan. Apa tidaknya, dia sudah berubah ke arah kebaikan.

“Mengapa tiba-tiba?” tanya saya.

“Hidayah bang…” jawabnya si dia pendek.

“Bagaimana dengan segalanya?” Risau saya dengan profesyennya.

“Allah ada. Allah akan membantu segalanya.”

“Syukur,” kata saya perlahan.

Setahun kemudian.

“Lihat ini..” kata seorang sahabat sambil menghulurkan sekeping gambar.

“Betul ke ni?”

“Apa kau ingat ini ‘super-impose’?”

Saya terdiam. Kaku.

“Mana pergi tudungnya?”

“Itu..” tuding jari saya kepada tudung merah di atas kepalanya.

“Itu tudung?”

“Yalah, bertudung tapi tidak menutup aurat.”

“Bertutup tapi terbuka, tahupun…” katanya seakan menyindir.

Bila kenalan itu pergi, saya tatap sekali lagi gambar yang ditinggalkan. Kasihan saya melihat wajah si dia yang terbaru. Terasa, betapa kekadang hidayah datang dan pergi berselang-seli. Masih terbayang tangisannya tempoh hari, ketika menceritakan bagaimana terbuka pintu hatinya menginsafi dosa-dosa lampau.

“Bang saya insaf bang…“

Lantas, tanpa sesiapa yang memaksa… dia mengenakan tudungnya. Lengkap, labuh, menutup aurat berpandukan syariat. Tidak jarang, tidak ketat, tidak mengundang fitnah bertandang. Sempurna. Sejuk, mata memandang. Dingin kalbu merasakan. Betapa hidayah itu singgah tanpa mengira siapa, di mana dan bila? Dulu si dia terpilih, sekarang kembali tersisih?
Kini tiba-tiba segalanya semacam ‘ditarik’ kembali. Tudungnya makin singkat. Dari mulanya di bawah paras dada, naik ke paras leher dan akhirnya kembali membuka leher, dagu dan… Paling malang, tingkah yang dulunya mula terjaga, kini lepas bebas kembali. Kata sesetengah yang setuju, biarlah… itu lambang Islam dinamik. Bertudung tapi masih boleh meliuk-lentuk, terkinja-kinja dan bersuara manja. Yang penting hati… Asal hati baik, tidak mengapa. Yang penting isi, kulit tak apa. Kalau begitu kenapa dulu perlu bertukar kulit? Insaf dan taubat sahajalah, tak payah bertudung litup seperti kelmarin!

Saya teringat kuliah yang pernah disampaikan oleh seorang ulama satu ketika dahulu:

“Syaitan terlalu kreatif…” Kreatif? Bisik hati saya.

Kekadang syaitan tidak menghasut manusia meninggalkan daerah putih menuju daerah hitam… Tetapi dia mengujudkan lebih banyak daerah ‘grey’ – warna keperang-perangan, yang hakikatnya bukan lagi kebenaran.” Terfikir saya, inilah jerangkap kebatilan yang dianggap kebenaran. Topeng baik bagi melempiaskan kejahatan yang dulunya terpendam. Ya, syaitan terlalu kreatif. Ada-ada sahaja ‘was-was’ baru yang ditiupkan ke jiwa insan agar meminggirkan jalan Tuhan.

Hasilnya, sekarang kita dapat lihat bagaimana ada gadis bertudung di kalangan Mat Rempit. Ada wanita bertudung yang melalak dengan gaya bebas terbabas dari nilai akhlak dan kesopanan. Atau peragawati bertudung dengan langkah ‘catwalk’ dengan dada, ‘make-up’ galak sambil yang mengundang pesona dan ‘aura’ dosa. Dan lebih ‘daring’ lagi kita dapat lihat tarian ala-ala gelek oleh gadis bertudung… Atau sekarang pun sudah ada bunga-bunga munculnya Rockers wanita bertudung? Ah, apa ni? Daerah ‘grey’? Atau segalanya sudah hitam, kelam, kusam.

Teringat juga saya pesan daripada seorang yang saya sangat hormati kerana ilmu dan kewarakannya:

Tudung wanita itu ada empat… tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati.” Apa ertinya? “Tudung pada wajah… jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Tudung pada mata… jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang. Tudung pada suara… jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati… mengingati Allah… dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar…

“Jangan terlalu ekstrem,” tegur seorang kawan bila saya lontarkan pandangan betapa wanita bertudung masakini sudah semakin hilang ‘penghormatannya’ (baca betul-betul… bukan ‘kehormatan’). Bagi saya kuantiti orang bertudung meningkat tapi kualitinya merudum.”
“Bukan begitu. Menutup aurat ada tujuannya… tercapaikah tujuan dengan penutupannya. Jika tidak, hakikatnya mereka masih terdedah,” balas saya perlahan.

“Aku tak faham. Maksud kau?”

“Seperti juga solat. Tujuannya mengingati Allah, kesannya pasti dapat mencegah kejahatan dan kemungkaran. Begitu maksud Al Quran apabila menjelaskan tujuan solat didirikan.”

“Lantas?”

“Jika solat tidak mencapai tujuan pasti ada sesuatu yang menyimpang. Samalah seperti hukum menutup aurat, tujuannya menjaga akhlak dan kehormatan. Maknanya kalau sudah menutup aurat, tetapi masih tercalar akhlak dan kehormatan… tentu ada yang salah dalam penutupannya.”

“Jangan ektreem sangat. Tutup aurat bukan ertinya kita menutup keindahan. Tak salah berhias, menarik, cantik.”

“Keindahan mesti didasari oleh kebenaran. Ingat, setiap keindahan tidak semestinya satu kebenaran…”

“Jadi kebenaran menolak keindahan?”

“Keindahan itu satu kebenaran!” balas saya cepat. Ya, atas alasan bertudung tidak menafikan keindahan pelbagai ‘aksesori’ ditokok-tambah menjadikan tudung lebih dimertabatkan sebagai ‘fesyen’ orang ‘baik-baik’ dan orang ‘cantik-cantik’ berbanding syariat wanita yang beriman!

“Hormati, itukan era transisi” kata seorang sahabat seakan memujuk saya.

“Transisi? Apa maksud mu?”

“Sebelum lengkap bertudung… err… maksudku menutup aurat, biarlah mereka berskaf dulu. Tu pun dah baik daripada sebelumnya yang tak menutup kepala langsung.”

“Transisi, ke arah mana? Aku tidak bercakap tentang orang yang tak bertudung langsung. Tetapi aku bercakap tentang individu yang dulu tak bertudung, lepas tu bertudung, kemudian berskaf sahaja… ini transisi ke arah mana? Nak bertudung semula atau nak tak bertudung semula?”

Dia diam. Bungkam. Marah sayapun kerana sayang.

“Langkah pengalihan mesti diiringi oleh pengisian. Jangan tutup kepala sahaja, tetapi isi kepala yang ditutup itu dengan ilmu. Mereka yang tidak menghadiri majlis lebih 40 hari, hati menjadi gelap. Kemudian cari kawan-kawan yang sehaluan. Penghayatan agama kita dipengaruhi oleh kawan-kawan kita…”

“Kau kata mereka tidak ada ilmu?’”

“Bukan begitu. Menuntut ilmu mesti berterusan. When you stop learning, you stop leading– maksudnya, jika kita berhenti menuntut ilmu kita akan berhenti memimpin. Sekurang-kurangnya memimpin diri sendiri,” kata saya.

“Sekali lagi. Kau meragui ilmu mereka?.”

“Ada sebab untuk aku meraguinya? Maaf, aku pun bukan baik. Tetapi kita tidak boleh berdiam melihat kejahilan berkata-kata.”

“Maksud kau?”

“Ada yang berkata, dia masih menutup aurat kerana dia memakai rambut palsu! Bayangkan apa yang orang begini faham tentang hukum menutup aurat? Pernahkah dia mendengar tafsir Surah An Nur? Pernah dia belajar tafsiran hadis tentang aurat wanita Islam? Peliknya, suara semacam ini semakin nyaring sekarang.”

Aku diam. Tafakur. Semua itu imiginasi untuk tulisan ini semata. Namun itu bukan ilusi. Aku tidak pernah punya kesempatan untuk menuturkannya. Lalu Kemudi Hati ini menjadi wadahku berbicara. Untuk diri, isteri, anak perempuanku dan anda wanita-wanita Islam semua. Antara syaitan bisu dan syaitan yang licik berkata-kata, kekadang kita jadi semakin bungkam… menjadi ‘malaikat’ yang diam? Oh, tidak… Rasul berpesan: katakan yang benar walaupun pahit! 

kEnApA MaLaSsSs !!!!








Orang yang berfikir akan kemarahan marahlah ia, orang yang berfikir akan keresahan resahlah ia, orang yang berfikir kasih sayang datanglah ia kasih sayang. 
Itu dia. Semuanya bermula dari apa yang kita fikirkan. Semuanya bermula di kepala. Betul apa yang difikirkan betullah jadinya. Salah yang difikirkan salahlah jadinya. 
Apa yang ada di kepala ni pulak datangnya dari hati, apa yang ada di hati itulah yang sampai di kepala, apa yang sampai di kepala itu yang akan cuba direalitikan oleh diri. Apa yang cuba direalitikan oleh diri itulah sebenarnya kita. Kalau kita meletakkan perkataan malas di hati, perkataan itulah yang sampai di kepala dan perkataan itulah yang menguasai diri, maka jadilah kita orang yang malas. Kalau kita meletakkan perkataan menyampah, sakit hati, riak, sombong, takabur, dan segala macamlah yang negatif-negatif. 
Perkataan-perkataan itulah yang akan sampai ke kepala, dan perkataan-perkataan itulah juga yang akan menguasai diri. Maka jadilah kita seorang yang menyampah tak pasal-pasal. Kalau ada pasal tak apa, jadilah kita si penyakit hati, riak, sombong, takabur dan segala macamnya lagi. Nampak, semuanya bermula dari hati. 
Seorang wanita berstatus suri rumah menulis begini lebih kurang; “Saya seorang suri rumah, ada empat orang anak, tapi saya selalu bangun tidur lewat, selalu mencecah 10 pagi gitu. Bila dah sepuluh pagi selalunya terus tak sembahyang Subuh. Macam mana caranya supaya saya boleh bangkit awal Dr. Tuah oiiii.” Tu dia, soalannya. Agak-agak sebab apa jadi macam tu? Senang je, sebab tak letakkan nak bangkit awal di hati, maka yang sampai di kepala ialah tak perlu bangkit awal. Maka keseluruhan diri pun jadilah seperti apa yang dikehendaki itu. Alangkah orang yang memang nak bangun awal kadang-kadang bunyi jam tak dengar, ini kan pulak memang tak ada niat nak bangun awal, bunyi gajah menjerit pun tak sedar.
Jadi, jawapan saya lebih kurang pada suri rumah tu tadi, saya sarankan supaya letakkan di hati awal-awal bahawa memang nak bangun awal sebab nak sembahyang Subuh sebelum tidur. Kita sembahyang disuruh berniat. Kita nak puasa disuruh berniat. Pasal apa semua benda kena niat kalau nak jadikan ia ibadah, sebab the power of niat is so great.

Tips Pemakaian Yang Sesuai Ke Majlis


Ada beberapa jenis kod pakaian yang paling kerap digunakan, iaitu:
  1. kasual
  2. semi-formal
  3. formal

Kasual
Pakaian kasual ialah pakaian yang selesa dan yang dipakai setiap hari untuk bersantai. Pakaian kasual merupakan pakaian yang akan anda pakai untuk keluar membeli-belah, melawat kawan dan bersiar-siar.
Pakaian kasual lazimnya berpenampilan kemas dan selesa. Adalah satu perkara yang pelik bagi anda untuk tampil kasual semasa di dalam pejabat, kecuali jika majikan membenarkannya. Lazimnya, majikan akan mengumumkan ‘dress down’ sekiranya ada aktiviti seperti bergotong-royong, berpindah pejabat dan sebagainya.
Pakaian kasual terdiri daripada:
  1. jeans – tidak kira seluar atau skirt
  2. t-shirt – mesti mempunyai gambar dan tulisan yang sopan
  3. seluar pendek
  4. seluar capri
  5. kasut sukan
  6. selipar
Jenis kain yang sesuai ialah:
  1. denim
  2. kain kapas
  3. khaki

Kesemua pakaian yang diperbuat daripada jenis kain di atas boleh dibasuh dengan mesin basuh.
Semi-formal
Pakaian semi-formal telah menjadi satu pakaian rasmi untuk ke pejabat semenjak berpuluh-puluh tahun dahulu. Sebelum tahun 90-an, pakaian selain formal tidak diterima sebagai pakaian rasmi ke pejabat.
Namun, sejak kebelakangan ini, majikan telah menyedari bahawa pakaian memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan produktiviti sesebuah syarikat. Pekerja akan berasa lebih selesa bekerja apabila memakai pakaian yang lebih kasual. Hal ini membuatkan pekerja lebih bersemangat untuk bekerja.
Hari ini, kita dapat melihat bahawa doktor dan guru berpakaian lebih kasual semasa bekerja. Walaupun ada segelintir majikan yang membenarkan pakaian kasual di pejabat, ada juga yang masih menitikberatkan penampilan semasa kerja sebagai memelihara imej syarikat. Pakaian yang formal melambangkan syarikat yang lebih profesional.
Aktiviti seharian di pejabat mungkin menuntut anda untuk berjumpa dengan rakan perniagaan yang lain atau pelanggan. Sudah tentu anda tidak mahu dipandang rendah atau selekeh, bukan? Sebab itulah walaupun majikan membenarkan pakaian kasual ke pejabat, masih ada batas-batas yang perlu anda patuhi.
Pakaian semi-formal terdiri daripada:
A. Wanita
  1. seluar panjang
  2. skirt
  3. baju kurung/kebaya atau pakaian tradisional yang lain
  4. blaus
  5. blazer/jaket
  6. gaun kasual
B. Lelaki
  1. seluar panjang
  2. kemeja lengan panjang
  3. t-shirt berkolar
  4. kemeja lengan pendek
  5. jaket/blazer
  6. tali leher
Jenis kain yang sesuai ialah:
  1. khaki
  2. rayon
  3. polyester
  4. batik

Formal
Pakaian formal jarang lagi dapat dilihat dalam aktiviti kita seharian dan hanya digunakan untuk individu yang berpangkat tinggi atau individu yang ingin menghadiri mesyuarat penting.
Pakaian formal juga dipakai ketika menghadiri temu duga ataupun ketika hendak berjumpa dengan golongan berpangkat tinggi seperti Sultan, Yang Dipertuan Agong atau Gabenor.
Pakaian formal terdiri daripada:
A. Wanita
  1. jaket dengan skirt atau seluar
  2. seluar panjang dengan blaus yang sesuai
  3. kurung atau kebaya
  4. kasut yang bertumit tinggi dan diperbuat daripada kulit (tidak terlalu menarik perhatian)
Bagi wanita yang memilih untuk memakai skirt, beliau hendaklah memakai pantyhose atau stoking nipis untuk menutup kulit.
Baju kurung sesuai untuk semua jenis keadaan, tetapi jika anda bertudung, pastikan warna tudung dan baju adalah sedondon. Elakkan pakaian yang beropol-ropol atau berfesyen pelik.
B. Lelaki
  1. baju sut/blazer yang sesuai
  2. kemeja lengan panjang yang dibutang penuh dan bertali leher
  3. vest
  4. tali pinggang atau suspender
  5. stoking yang berwarna sama dengan sut yang dipakai
  6. kemeja batik/baju melayu dan samping
  7. kasut kulit
Pemilihan warna adalah penting agar tidak terlalu menonjol. Jangan pilih pakaian yang pelik sehingga menarik perhatian orang lain memandang anda.Warna yang sesuai ialah warna korporat, iaitu hitam dan putih, biru tua, coklat tua atau coklat muda, krim atau kelabu. Elakkan warna terang seperti merah terang, ungu, hijau atau kuning terang. Walau bagaimanapun, warna sebegini dibenarkan jika pakaian yang dipakai ialah baju kurung atau kemeja bercorak batik.
Perkara yang perlu dilaku atau dielakkan semasa berpakaian adalah:
1. Jangan pakai terlalu banyak barang kemas sehingga anda nampak ‘semak’.
2. Jangan memakai aksesori pelik seperti jam pada cincin, gelang yang terlalu besar dan bermotif binatang yang pelik-pelik.
3. Pastikan rambut dan kuku adalah bersih dan kemas.
4. Jangan berpakaian yang mendedahkan atau menggoda.
5. Pakai sedikit alat solek tetapi sekiranya anda seorang lelaki, jangan sekali-kali memakai alat solek seperti wanita.
Artikel di atas dipetik daripada buku CARA MUDAH MENGUASAI KEMAHIRAN BERSOSIAL – TATACARA DIRI & ETIKET SOSIAL. Untuk lain-lain artikel kerjaya dan etiket sosial, sila lawati www.books.perintis. com.my.

Miss Malaysia Pahang OR Miss L@kN@t

baru-baru nie saya digegarkan dengan satu berita iaitu mengenai festival "miss malaysia pahang" yang mana peserta nya terdiri daripada kaum adam yang telah berubah menjadi ala-ala wanita... Ya Allah... apa nak jadi....
pada mulanya saya tak percaya dengan cerita kawan saya. selepas pada itu saya search sendiri dalam internet.. NAH !!!! terkejut berok saya... yang pelik tue macam mana diorang boleh dapat bajet.... camera man... artis jemputan... ini menunjukkan bahawa festival tue ada sokongan hangat dari orang luar juga.. mungkin tajaan mana-mana keee... dan anehnya perkara ini langsung tidak dipertikaikan... sangat memalukan.... peserta-pesertanya terdiri dari serata pelusuk negeri... kuala lumpur, terengganu, kelantan, kedah, negeri sembilan dan banyak lagi.... untuk pengetahuan anda pemenang miss malaysia 2010 adalah peserta dari kedah... mukanya persis cam pompuan tapi bila bercakap... ALAMAK... cabot lari derr...

rupa-rupanya program ini bukannya kali pertama sebab ada satu video dimana ia berlaku pada tahun 2006.. ini bermakna program ini dah lama dah... cuma hangat n tak hangat jaa.... sama-sama kita doakan agar Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada mereka agar mereka kembali ke jalan yang benar.. amin.. insyaAllah....


sedarlah wahai manusia.... kiamat telah hampir.... Allah Akhbar !!!!


mereka memperkenalkan diri mereka....


ditengah-tengah itulah miss malaysia pahang 2010- dari kedah


muka-muka pemenang....

pengacara nya......

Sabtu, 8 Januari 2011

CiRi - CiRi WaNiTa IdAmAn LeLaKi !!!

Benarlah kata-kata sikap lelaki memang sukar ditelah. Perangai mereka ada kalanya memeningkan kepala wanita terutama yang mencintainya. Anda perlu menunjukkan rasa kasih mendalam terhadapnya demi meraih cintanya. Walaupun pada dasarnya cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan, anda harus memberi sebahagian hati untuk membuat dia tertawan.

Untuk merasai lebih dicintai, anda sendiri harus mengetahui apa yang disukai lelaki pilihan anda itu. Jika lelaki sukakan wanita yang memenuhi cita rasanya, cubalah belajar mengenali hati lelaki. Mana tahu sikap anda yang pandai mengambil hati, tidak mementingkan diri sendiri selain boleh bertolak ansur menjadi faktor lelaki itu memuja anda suatu hari nanti.

Lelaki juga tidak suka wanita yang mengada-ngada selain wanita yang agak ganas dalam bergaul. Untuk itu, tatacara pergaulan perlu dijaga supaya anda menjadi wanita yang lemah-lembut dan berhemah sepanjang pergaulan. Ia penting kerana anda tidak terlalu menampakkan sikap yang membuatkan lelaki cepat muak atau meluat.



Mungkin anda boleh mencuba petua ini, mana tahu persahabatan yang disemai berakhir dengan ikatan suci:

1. Jadi pendengar setia
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.

2. Tarikan derapan kasut
Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

3. Jangan bersolek tebal
Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.

4. Ingat hari pentingnya
Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.

5. Hormatinya
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

6. Jangan terlalu kebudak-budakan
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

7. Agresif
Lelaki suka sikap wanita yang agresif.

8. Jangan terlalu seronok
Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.

9. Jangan ganas
Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

10. Jangan terlalu baik
Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.

11. Jangan perasan
Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

12.Sikap sederhana
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

13. Sikap keibuan
Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.

14. Lemah-lembut
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

15. Sensitif
Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.

16. Kenali dirinya
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.

17. Jaga kecantikan
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!

18. Gaya kemas
Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.

19. Jangan kuno
Jangan bersikap terlalu kuno.

20. Sering tanya khabar
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

21. Jujur dalam tingkah laku
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.

22. Suka yang beragama
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.

23. Tidak mudah dipermainkan
Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.

24. Jangan tunjuk lemah
Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

25. Tunjuk matang
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

26.Suka dimanja
Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.

KeK cOkLaT bErTaTaH sTrAwBeRrY

 

Bahan-bahan ( Saiz kek yang sesuai untuk seisi keluarga yang suka makan kek coklat )

  • 1 2/3 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula kastor
  • 2/3 cawan serbuk koko
  • 1 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan mentega/125 gram
  • 1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh garam halus
  • 2 biji telur
  • Loyang bulat atau empat segi ikut citarasa - yang telah digris sedikit mentega dan ditabur tepung
  • 2 cawan gula aising bertapis
  • 1/3 cawan serbuk kokok
  • 2 sudu besar air panas menggelegak
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara

  1. Jenguk oven sekejap, pastikan oven dipanaskan terlebih dulu suhu 160 darjah celcius selama kurang lebih sepuluh minit.
  2. Ayakkan tepung bersama soda ke dalam 'mixing bowl'.
  3. Masukkan bahan-bahan kering dimulakan dengan gula, garam, serbuk koko
  4. Masukkan pula bahan-bahan basah, susu cair, mentega, telur dan esen vanilla.
  5. Menggunakan 'mixer', adun kesemua bahan pada kelajuan rendah selama 30 saat, supaya bahan2 tersebut dapat berkenalan antara satu sama lain (tak terkejut).
  6. Setelah itu, pada kelajuan tinggi, adun bahan kek selama 3 minit.(Tidak boleh terlalu lama nanti wujud 'air bubble', kek akan membukit bila nak masak. Tuang ke dalam loyang tadi dan bakar selama 40 ke 45 minit.
  7. Serta merta keluarkan kek dari loyang untuk disejukkan. Setelah sejuk kita sediakan frosting dan hiasan strawberry
  8. Untuk menyediakan frosting, gaulkan gula aising dan serbuk koko, tuangkan air panas dan esen vanilla, kacau sebati. Kepekatan dan kemanisan frosting bergantung pada citarasa.
  9. Sapu ratakan frosting tadi ke atas kek, kek tampak berkilat dan sungguh menyelerakan, hiaskan strawberry ikut citarasa. Sedia untuk dihidangkan.